Kota Kinabalu, 28 Jan 2026 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah menganjurkan sesi LIVE Pocket Talk secara langsung melalui akaun TikTok rasmi @officialjpnsabah bagi mendekati masyarakat dan mempermudah penyampaian maklumat perkhidmatan.
Sesi interaktif ini menampilkan pegawai JPN yang berkongsi penjelasan mengenai urusan Sijil Kelahiran, Sijil Kematian dan Anak Angkat, serta membolehkan penonton mengemukakan soalan secara langsung dan menerima jawapan segera.
Inisiatif Pocket Talk merupakan sebahagian daripada pendekatan komunikasi strategik JPN Sabah menggunakan media sosial untuk meningkatkan akses maklumat dan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.
TAMAT
