Jelajah Inisiatif Kebun Dapur

sabahheadlines
1 Min Read

EDITOR SH

TUARAN, 15 Feb : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Perasmian Program Jelajah Kebun Dapur anjuran Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) yang berlangsung di Padang Istiadat, di sini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar.

Hadir sama Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Madius Tangau serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Haji Daya.

Program berkenaan merupakan antara inisiatif kerajaan negeri dalam memperkasa aktiviti pertanian komuniti serta menggalakkan amalan kebun dapur dalam kalangan rakyat.

Ends.

Share This Article