SANDAKAN: Lebih 250 kanak-kanak menyertai Program “Kembali Ke Sekolah” yang berlangsung di Dewan Karamunting Baru dan Dewan Kampung Gas, di sini, baru-baru ini.
Program berkenaan menawarkan perkhidmatan gunting rambut percuma sebagai inisiatif meringankan beban kewangan ibu bapa dalam membuat persiapan awal persekolahan anak-anak.
Ahli Parlimen Batu Sapi merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, turut hadir meninjau pelaksanaan program serta menyantuni kanak-kanak yang terlibat.
Penganjuran program itu mencerminkan komitmen berterusan pihak terlibat dalam menyokong kebajikan masyarakat, khususnya golongan pelajar dan keluarga berpendapatan sederhana.
TAMAT
