GAGASAN SUKAU SANTUNI PENDUDUK KG SRI GANDA DAN TUNDUN BOHANGIN

sabahheadlines
1 Min Read

SUKAU : Dua buah kampung disantuni oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Sukau.

Ketua bahagiannya Datuk Juhari Janan mengetuai rombongan Gagasan Sukau ke Kampung Sri Ganda dan Kampung Tundun Bohangin.

Kunjungan Gagasan Sukau itu merupakan program turun padang.

Pada kunjungan itu Juhari menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 149 penduduk di kedua-dua kampung itu

Bakul makanan itu diharap dapat membantu meringankan beban kehidupan mereka.

Beliau juga turut menyampaikan dua set generator bagi menyokong keperluan bekalan elektrik di kawasan yang terjejas serta 100 buah kerusi untuk kegunaan aktiviti kemasyarakatan penduduk setempat.

Harapannya agar sumbangan ini dapat memanfaatkan penduduk sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif dalam menjayakan pelbagai program.

“Semoga bantuan seumpamanya memberi kelegaan dan manfaat berterusan kepada penduduk kampung,”

Tamat

Share This Article