sh@ editor
BEAUFORT (24 OGOS): Kesispsiagaan jentera memberikan keyakinan kepada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) bagi mengekalkan kerusi DUN Klias.
Ketua Bahagian Gagasan Klias, Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata semua jentera parti itu pada semua peringkat telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri ke-17 nanti.
“Tahap kesiapsiagaan itu tinggi dan sememangnya telah bersedia untuk digerakkan pada PRN banti,” katanya di sini hari ini.
Isnin ditemui selepas perjumpaan betsama jentera gerak kerja G10 wanita Gagasan PDM Jimpagah dan Halogilat.
Beliau berkata kerusi DUN Klias perlu dikekalkan dan menjadi penyumbang kepada GRS pada PRN banti.
Menurutnya bukan hanya wanita tetapi jentera pemuda dan beliawanis juga telah bersedia.
“Kesiapsiagaan itu sudah lama kita lakukan sebagai persiapan menghadapi PRN yang mungkin diadakan pada bila-bila masa,” katanya lagi.
Tamat
