Editor
KOTA KINABALU: 15 April- Berapa langkah akan dan sedang diambil bagi memperkasakan Menara Majlis Perbandaran Sandakan.
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata langkah itu diambil sebagai usaha menjadikan menara itu sebagai set strategik yang berpotensi dijadikan pemangkin pertumbuhan ekonomi di pusat bandar Sandakan.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Poon Ming Fung pada Sidang DUN hari ini.
Isnin berkata antara langkah itu termasuklah mengoptimumkan penggunaan bangunan, menarik pelaburan dan penyewaan ruang, naik taraf infrastruktur dan kemudahan dan menjana pendapatan tambahan untuk MPS.
Menjawab soalan tambahan daripada Adun Dilantik, Datuk Suhaimi Nasir, Isnin berkata MPS sememang tahu dan menyedari mengenai bangunan lama di Sandakan.
Katanya penilaian keselamatan akan dilakukan dan MPS akan berbincang dengan pemilik bangunan berkenaan jika ianya perlu dirobohkan.
Menurutnya bangunan.lama dan terbiar itu berlaku disebabkan wujudnya bandar baru di Sandakan.
Tamat
