sh@ editor
KOTA KINABALU (6 OKTOBER): Seperti yang dijangka Dewan Undangan Negeri Sabah dibubar hari ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengumumkan pembubaran itu, dua minit sebelum jam 3.00 petang di sini.
“Saya telah berjumpa dengan Tuan Yang Terutama pagi tadi dan TYT memberikan perkenaan untuk DUN dibubar,” katanya.
Beliau berkata pembubaran itu untuk memberi laluan untuk pilihan raya negeri ke-17 dilaksanakan.
Menurutnya sepanjang tempoh lima tahun pemerintahan, GRS telah melaksanakan pelbagai usaha termasuk pembangunan untuk rakyat.
“Kita telah melakukan pelbagai usaha untuk rakyat dan masih ada yang perlu dilaksanakan,” katanya lagi.
Ketika ditanya mengapa memilih hari ini untuk membuat pengumuman, Hajiji secara berseloro berkata; “Saya dapat mimpi.
Tamat