SH-SYARMILAH SALLEH
KOTA KINABALU: 23 April – Dua maut termasuk seorang Kalindan lori selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya di kawasan lampu isyarat ,Indah Permai Sepanggar petang tadi.
Kedua-dua mangsa 34 dan 18 tahun itu dilaporkan maut di lokasi kejadian.
Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu,Ordine Bin Gilu berkata,pihaknya menerima panggilan daripada MERS999 berhubung kemalangan itu pada 4.07 petang
Katanya, kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Lori 6 tan dan sebuah motorsika.
” Terdapat tiga mangsa terlibat,seorang mangsa penunggang motorsikal telah dihantar ke hospital oleh sepasukan perubatan KKM manakala dua lagi mangsa pemandu dan kalindan lori yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh Pasukan bomba menggunakan peralatan khas ( RTA),katanya.
TAMAT.

Anggota Bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit pada kejadian berhampiran lampu isyarat Indah Permai Sepanggar petang tadi