DUA LAGI PEGAWAI BERKUASA TEMPATAN DITAHAN SPRM SABAH

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ Aleeya Villiamon

SANDAKAN (24 JULAI): Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua lagi pegawai pihak berkuasa tempatan berkaitan rasuah.

Kedua-dua pegawai itu, seorang lelaki, 28, dan seorang wanita, 38, ditahan ketika dipanggil untuk memberikan keterangan di pejabat SPRM kira-kira jam 7.00 malam Rabu.

Mahkamah Majistret di sini membenarkan penahanan reman selama empat hari.

Penahanan itu menjadikan tujuh orang ditahan oleh SPRM kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa kontraktor sejak 2022.

Pada Rabu lalu, SPRM menahan lima orang termasuk jurutera, penolong jurutera, kakitangan dan bekas kakitangan pihak berkuasa tempatan.

Kesemua mereka telah ditahan reman.

Ketika dihubungi Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy a/l Subbiah mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM.

Tamat

Share This Article