CUBAAN SELUDUP MINYAK MASAK GAGAL, MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT DAN KRU ASING

sabahheadlines
1 Min Read

sh@jalie mohamad

SANDAKAN, 12 September – Maritim Malaysia Zon Maritim Sandakan telah menggagalkan cubaan menyeludup 120 pek minyak masak bersubsidi ke negara jiran dalam satu operasi penguatkuasaan di perairan Kuala Mumiang semalam.

Sebuah bot tanpa nombor pendaftaran ditahan pada jam 12.45 tengah hari, dan hasil pemeriksaan menemui Minyak masak bersubsidi Wang tunai RM6,850 Tiga kru warga asing tanpa dokumen pengenalan sah Bot dan barang rampasan yang dianggarkan bernilai lebih RM70,000 disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

Maritim Malaysia menegaskan komitmen untuk membanteras penyeludupan dan jenayah maritim serta menyeru orang awam menyalurkan maklumat ke talian 999 atau 089-229504 (Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan).

Tamat

Share This Article