CAWANGAN PARTI MEMAINKAN PERANAN PENTING – HAZEM

sabahheadlines
1 Min Read

OLEH: JALIE MOHAMAD

SANDAKAN (14 MEI): Cawangan parti memainkan peranan penting kepada kekuatan parti.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Sungai Manila, Haji Hazem Mubarak Tun Musa berkata cawanglah yang akan menentukan kekuatan dan kejayaan sesebuah parti.

“Kekuatan parti bukan sahaja bergantung kesetiaan ahli parti terhadap perjuangan tetapi juga peranan yang dimainkan oleh cawangan,” katanya ketika merasmikan mesyuarat cawangan berkelompok PGRS Sg Manila di sini baru-baru ini.

Mesyuarat dihadiri lebih 500 orang yang membincangkan pelbagai isu semasa.

Hazem turut melahirkan rasa bangga dengan kehadiran ramai itu dan menyifatkan semangat yang diperlihatkan membukti kesungguhan ahli-ahli parti terhadap perjuangan parti.

” Semangat seumpama inilah yang membolehkan kita untuk menghadapi apa juga cabaran termasuklah tohamahan dan fitnah yang dilemparkan,” katanya.

Katanya semangat itulah juga yang memperlihatkan sokongan dan dukungan ahli parti terhadap slogan ‘Rumah kita, kitalah yang jaga.’

Beliau berharap dengan semangat itu mesyuarat cawangan yang diadakan dilaksanakan dengan baik.

Sementara itu Hazem menegaskan bahawa PGRS Sg Manila telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Tamat

Share This Article