SANDAKAN (21 NOVEMBER): Hanya tinggal seminggu sebelum pembuangan undi, calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Sekong, Puan Sri Diana Datuk Diego mendapat suntikan semangat.
Suntikan semangat baharu itu hadir apabila Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) menyatakan sokongan kepada Diana.
Diana berkata dengan adanya sokongan seumpama itu memberikan keyakinan bahawa GRS mampu mencapai kemenangan.
“Sokongan PGRS dan komponen GRS di Sekong ini amatlah saya hargai …saya amat berterima kasih,” katanya.
Sementara itu Ketua Bahagian PGRS Sekong, Saparudin Abu berkata sokongan itu dapat dilihat dengan kehadiran ketua-ketua cawangan.
Kehadiran itu, katanya, membuktikan bagawa PGRS memberi sokongan kepada Diana sebagai calon GRS Sekong.
Saparudin berkata solidariti itu akan digerakkan sekepas mesyuarat jentera pilihan raya diadajan dalam waktu terdekat.
Tamat
