APM SANDAKAN BANTU PENUNGGANG MOTORSIKAL TERBABAS DI GUM-GUM

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 14 Mei : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan bertindak pantas membantu seorang mangsa kemalangan motosikal yang terbabas di tepi jalan Kampung Gum-Gum Batu 16, hari ini.

Dalam kejadian itu, Skuad Alpha digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 bagi memberikan bantuan awal kepada mangsa.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian jari kelingking sebelum rawatan awal diberikan di lokasi kejadian.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Operasi tamat dalam keadaan selamat dan terkawal.

Share This Article