BANJIR JEJAS SATU KELUARGA DI KAMPUNG SUNGAI GADING, TAWAU

sabahheadlines
1 Min Read

TAWAU, 6 Nov- Satu keluarga terdiri daripada lapan individu terjejas dalam kejadian banjir yang melanda Kampung Sungai Gading Batu 15, Tawau pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35 pagi sebelum sepasukan tujuh anggota diketuai PBK II Mohd Hafidz Musa digerakkan ke lokasi sejauh 29 kilometer dari balai.

Setibanya di lokasi pada jam 9.21 pagi, pasukan bomba mendapati kawasan berkenaan dinaiki air dan sebuah rumah didiami lapan mangsa daripada satu keluarga terjejas.

Daripada jumlah itu, dua wanita dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan dilaporkan selamat tanpa kecederaan.

Pasukan bomba membantu memindahkan semua mangsa ke kawasan selamat sebelum mereka berpindah sendiri ke rumah keluarga berhampiran.

Operasi turut dibantu oleh enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.20 pagi setelah keadaan dilaporkan terkawal.

TAMAT

Share This Article