BAHANG PRN SABAH SEMAKIN TERASA

KOTA KINABALU (15 OKTOBER): Bahang pilihan raya negeri (PRN) ke-17 semakin terasa apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh penting esok.

SPR dikatakan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan tentang PRN itu di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini pagi esok.

Perbincangan itu termasuklah menyentuh tentang tarikh penting seperti hari penamaan calon, tarikh pengundian awal dan tarikh mengundi.

Dewan Undangan Negeri Sabah telah dibubar pada 6 Oktober alu di mana Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajjji Haji Noor mengumumkan pembubaran iti sesudah mendapat perkenaan daripada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri.

PRN kali ini bakal menyaksikan kemunculan beberapa parti baharu yang dikatakan akan turut meletakkan calon.

Antaranya termasuklah Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Impian Sabah (PIS) dan Gemilang Anak Sabah (GAS) serta beberapa parti lain.