SANDAKAN, 1 Februari 2026 – Kebimbangan penduduk sebuah kawasan perumahan di Astana Height, Fasa 5B reda apabila Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan berjaya menangkap seekor ular sawa yang ditemui di halaman sebuah rumah pagi tadi.
APM Sandakan bertindak segera sebaik menerima laporan dan berjaya mengawal keadaan dalam tempoh singkat.
Ular sawa lepung dengan anggaran berat tiga kilogram dan panjang kira-kira satu meter itu ditangkap dengan selamat tanpa menjejaskan keselamatan penduduk.
Selepas operasi selesai, kawasan berkenaan disahkan selamat sebelum pasukan penyelamat beredar dari lokasi.
Tindakan pantas tersebut mencerminkan tahap kesiapsiagaan APM Sandakan dalam menangani ancaman hidupan liar di kawasan kediaman.
TAMAT
