Sanomedical AsiaPac Rancang Kembangkan Operasi Peranti Perubatan Di SAIP

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 3 Februari 2026 – Sebuah syarikat pembuatan peranti perubatan, Sanomedical AsiaPac Sdn Bhd, menyatakan hasrat untuk memperluaskan operasi perniagaannya di Sabah Agro Industrial Park (SAIP), Papar, termasuk mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai produk berjenama Sabah.

Perkara itu dizahirkan dalam kunjungan hormat pihak pengurusan syarikat berkenaan ke Kota Kinabalu, yang turut membincangkan potensi peluasan industri peranti perubatan dan produk berkaitan kesihatan di negeri ini.

Usaha pengembangan tersebut dilihat selari dengan aspirasi Sabah untuk memperkukuh sektor pembuatan berteknologi tinggi, selain membuka peluang nilai tambah kepada ekosistem industri tempatan melalui pemindahan teknologi dan pembangunan modal insan.

Inisiatif berkenaan dijangka memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri, khususnya dalam menjadikan SAIP sebagai hab industri strategik bagi pengeluaran produk kesihatan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

TAMAT

Share This Article