PENAMPANG, 1 Februari 2026 – Strategi Penugasan Payung yang dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sempena Op Selamat terbukti berkesan dalam meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di daerah ini.
Kehadiran anggota polis di lokasi berisiko tinggi kemalangan dikenal pasti berjaya meningkatkan kesedaran dan pematuhan pengguna jalan raya terhadap peraturan trafik, sekali gus membantu mengekang kejadian tidak diingini.
Operasi bersepadu yang melibatkan pelbagai unit kepolisan itu menekankan pendekatan pencegahan melalui kehadiran fizikal polis secara konsisten, sekali gus memberi keyakinan kepada orang ramai ketika berada di jalan raya.
IPD Penampang turut mengingatkan pengguna agar sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah dan mematuhi undang-undang lalu lintas demi keselamatan semua pihak.
TAMAT
