SAN Apas Dirasmikan, Perkukuh Pendidikan Agama di Tawau

sabahheadlines
1 Min Read

TAWAU, 1 Februari 2026 – Kerajaan Negeri Sabah terus komited memperkasa pendidikan agama apabila Sekolah Agama Negeri (SAN) Apas di Balung dirasmikan hari ini oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Majlis perasmian itu disifatkan sebagai langkah penting dalam usaha melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan seimbang selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan negeri.

Pembukaan sekolah berkenaan turut membuka peluang lebih luas kepada penduduk setempat untuk mendapatkan pendidikan agama yang sistematik dan berkualiti.

Menteri Pendidikan, Dains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, penyediaan kemudahan pendidikan agama bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, malah merupakan pelaburan jangka panjang demi masa depan Sabah yang lebih sejahtera.

Dalam pada itu, beliau turut menghadiri majlis kenduri kesyukuran di Masjid Al-Ansar, Taman Sawit Balung bersama pimpinan negeri dan masyarakat setempat.

Program tersebut berlangsung dalam suasana harmoni dan mencerminkan semangat perpaduan dalam kalangan komuniti.

Kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kedua-dua program berkenaan demi manfaat rakyat Sabah.

TAMAT

Share This Article