Semporna, 28 Jan 2026 (Rabu) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Cawangan Semporna, dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Sabah, telah melaksanakan operasi bersepadu bagi memperkukuh pemantauan dan pematuhan perundangan di premis perniagaan sekitar daerah Semporna.
Operasi itu melibatkan empat anggota KPDN dan tiga anggota SSM, dengan pemeriksaan dijalankan ke atas 30 premis termasuk premis pelancongan. Hasil pemeriksaan, satu kes kompaun telah diambil di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana premis menggunakan alat timbang dan sukat tidak ditentusahkan.
Ketua Cawangan KPDN Semporna, Tuan Satunlucy Bin Lamioh @ Lamidah, menegaskan operasi bersepadu ini akan diteruskan bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang serta melindungi kepentingan pengguna di Semporna dan Kunak. Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan salah laku peniaga kepada pihak KPDN.
TAMAT
