sh@ editor
KOTA KINABALU (8 JULAI): Seramai 643 peniaga gerai tepi jalan di negeri ini telah mienerima bantuan RM5,000 daripada Kerajaan Negeri.
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Haji Aliasnih ketika menjawab soalan tambahan daripada Sarifuddin Hata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalabakan berkata ia melibatkan kos RM3.215 juta.
Menjawab soalan ADUN Dilantik Datuk Amisa Yassin, beliau berkata bantuan itu diberikan kepada peniaga gerai tepi jalan secara ‘one off.’
Bercakap pada sidang DUN di sini hari ini, Isnin berkata bantuan itu diberikan kepada peniaga yang layak.
“Permohonan boleh dikemukakan tetapi harus layak seperti memiliki lesen,” katanya lagi.
Menurutnya peruntukan untuk bantuan itu disalurkan kepada kementerian selepas ianya mendapat persetujuan menerusi Mesyuarat Hemaah Menteri.
“Kementerian telah mengenalpasti seramai 643 peniaga gerai di tepi jalan yang mempunyai lesen yang sah dan layak menerima bantuan itu,” katanya lagi.
Tamat
