SABAH TERUS TERBUKA TERIMA PELABURAN ASING STRATEGIK

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah kekal terbuka dan mengalu-alukan kehadiran pelabur antarabangsa yang mampu membawa nilai jangka panjang kepada pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ConocoPhillips, Ryan Lance, yang membincangkan usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam sektor tenaga, minyak dan gas.

Beliau berkata Kerajaan Negeri komited untuk memastikan persekitaran pelaburan yang stabil, kondusif dan berdaya saing bagi menyokong pertumbuhan mampan serta membina perkongsian jangka panjang yang bermakna.

Menurutnya, dengan ConocoPhillips kini mengendalikan Kluster Kebabangan susulan pemindahan pengoperasian daripada Petronas, kerjasama tersebut diyakini akan memberi impak positif kepada pembangunan Sabah, membuka lebih banyak peluang kepada rakyat tempatan serta mengukuhkan kedudukan negeri dalam landskap tenaga serantau.

TAMAT

Share This Article