KOTA KINABALU, 17 Januari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Kediaman Rasmi Ketua Menteri bagi memperkukuh hubungan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Negeri Sabah.
Kunjungan yang turut disertai Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun itu menjadi medan perbincangan mengenai pelbagai isu keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini.
Kedua-dua pihak menzahirkan komitmen untuk terus mempererat kerjasama strategik demi memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah sentiasa terpelihara, sejajar dengan agenda pembangunan serta kestabilan negeri.
Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim dan Ketua Lesen Pasukan Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, SAC Kama Azural Mohamed.
TAMAT
