Qhazanah Sabah Perlu Transformasi Strategik, Kata Anifah Aman

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 12 Januari: Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, Tan Sri DSP Anifah Aman, menggesa barisan pengurusan tertinggi syarikat itu berganding bahu melaksanakan transformasi strategik bagi mengembalikan Qhazanah Sabah Berhad sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terunggul di Sabah.

Beliau berkata demikian sempena sesi taklimat bersama pengurusan tertinggi Qhazanah Sabah Berhad yang diadakan di sini, hari ini, dengan pembentangan disampaikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Rudy Jaglul.

Menurut Anifah, taklimat yang komprehensif itu menjadi asas penting dalam merangka hala tuju baharu syarikat agar lebih berdaya saing dan berupaya memberi pulangan optimum kepada kerajaan negeri.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor atas kepercayaan yang diberikan untuk menerajui Qhazanah Sabah Berhad.

Katanya, dengan kerjasama semua pihak, Qhazanah Sabah Berhad diyakini mampu meningkatkan sumbangan kepada pendapatan kerajaan negeri di samping memperkukuh pembangunan ekonomi Sabah demi kemakmuran rakyat.

TAMAT

Share This Article