KOTA BELUD, 5 Januari 2026 – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Tun Said diaktifkan pada pagi hari ini .
PPS dibuka Bagi menempatkan penduduk terjejas bencana susulan keadaan kediaman yang didapati tidak lagi selamat untuk didiami.
Pegawai Daerah Kota Belud, Peter Jiton, berkata pengaktifan PPS berkenaan dibuat selaras dengan pandangan dan cadangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Belud selepas pemeriksaan dijalankan ke atas kawasan serta rumah Penduduk Terjejas Bencana (PTB).
“Setelah pemeriksaan mendapati beberapa kediaman penduduk berada dalam keadaan tidak selamat, JPBD Kota Belud bersetuju untuk mengaktifkan PPS Dewan Masyarakat Tun Said bagi memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk terjejas terjamin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, PPS tersebut mula dibuka pada 5 Januari 2026 (Isnin) bermula jam 9.45 pagi dan akan menempatkan penduduk yang terkesan sehingga keadaan kembali selamat.
Peter yang juga Pengerusi JPBD Kota Belud berkata, semua agensi berkaitan telah diarahkan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya bagi melancarkan pengurusan PPS termasuk aspek keselamatan, kesihatan serta penyediaan keperluan asas kepada mangsa terlibat.
Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
TAMAT
