110 Kanak-kanak Sertai Program Berkhatan Beramai-ramai di Sungai Manila

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN-28 Dis,Seramai 110 kanak-kanak dari sekitar Sungai Manila menyertai Program Berkhatan Beramai-ramai yang berlangsung di Taman Cahaya, Batu 12 sempena cuti persekolahan.

Program anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Sungai Manila itu diadakan secara percuma hasil sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila,YB Haji Hazem Mubarak Tun Haji Musa yang diselaras oleh Ustaz Rahim Karim.

Penganjuran program yang memasuki tahun keempat ini merupakan acara tahunan yang bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa selain memastikan pelaksanaan tuntutan berkhatan yang diwajibkan dalam Islam.

Inisiatif berkenaan turut mencerminkan keprihatinan wakil rakyat terhadap kebajikan masyarakat setempat khususnya golongan keluarga berpendapatan rendah di samping mengukuhkan hubungan silaturahim dalam komuniti.

TAMAT

Share This Article