KOTA KINABALI (18 DISEMBER): Usaha yang dilakukan oleh kerajaan perlu diperjelaskan kepada rakyat.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata penjelasan itu pula harus sampai kepada rakyat.
“Kita telah lakukan pelbagai usaha untuk rakyat tetapi usaha yang dilakukan itu tidak sampai kepada rakyat…mereka (takyat) tidak tahu dan inilah yang perlu untuk kita perjelaskan,” katanya pada majlis angkat sumpah setiausaha politik di sini hari ini.
Beliau berkata keadaan itulah yang berlaku apabila komuniti Cina mendakwa kerajaan tidak membantu komuniti tersebut.
Sedangkan kerajaan, katanya, banyak membantu komuniti tersebut.
Bantuan sekolah, pertubuhan dan keagamaan telah dibantu oleh kerajaan, katanya dan menambah pelajar yang memegang sijil UEC turut dibantu.
“Masyarakat Cina tidak tahu perkara ini …perkara inilah yang perlu kita perjelaskan dan sampai kepada mereka,” katanya lagi.
Sehubungan dengan itu Ketua Menteri meminta agar setiausaha politik yang dilantik membantu kerajaan dan juga kementerian.
Katanya, peranan setiausaha politik amat penting termasuklah memastikan rakyat tahu apa yang dilakukan kerajaan.
“Jangan gunakan jawatan setiausaha politik untuk kepentingan diri sendiri …bantu kerajaan,” katanya lagi.
TAMAT
