Banjir: 49 mangsa ditempatkan di PPS Sandakan

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 12 Dis – Seramai 49 penduduk daripada 24 ketua isi rumah (KIR) dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Kampung Pertanian selepas kawasan kediaman mereka dilanda banjir pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, PPS itu dibuka pada jam 11 pagi bagi menempatkan mangsa dari beberapa kawasan rendah yang dinaiki air susulan hujan berterusan.

Setakat 8 malam, keadaan menunjukkan trend menurun, namun kerja-kerja pemantauan, pemindahan dan pendaftaran mangsa masih giat dijalankan oleh APM Sandakan bersama agensi penyelamat lain.

JPBN memaklumkan bahawa daripada keseluruhan 49 mangsa, seramai 25 adalah kanak-kanak dan bayi, manakala selebihnya terdiri daripada golongan dewasa dan warga emas.

Tiada sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

JPBN Sabah turut memaklumkan bahawa tiada daerah lain membuka PPS baharu dan Sandakan kekal sebagai satu-satunya daerah yang mempunyai penduduk terjejas bagi hari ini.

Agensi terlibat akan terus memantau paras air serta keadaan cuaca sehingga situasi benar-benar pulih sepenuhnya.

TAMAT

Share This Article