GRS BEAUFORT TETAP SETIA

sabahheadlines
1 Min Read

BEAUFORT (7 DISEMBER): Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Beaufort tetap berdiri teguh dibelakang Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Setiausaha GRS Beaufort, Haji Mohd Jali Nordin berkata, tidak pernah dan tidak akan berubah pendirian serta ketetapan untuk berubah sokongan.

“Sejak dahulu lagi hingga sekarang, itulah pendirian GRS Beaufort …tidak akan berubah,” katanya di sini hari ini.

Mengulas mengenai dakwaan kononnya wakil rakyat Klias, Datuk Isnin Haji Aliasnih bersama 11 wakil rakyat termasuk bebas mengadakan perjumpaan di sebuah hotel di Kota Kinabalu baru-baru ini, Mohd Jali berkata ia merupakan perjumpaan biasa.

“Saya ada bersama pada perjumpaan itu dan ia cuma perjumpaan biasa …kawan berjumpa dengan kawan, kopi-kopi dan tiada apa-apa,” katanya lagi.

Menurutnya, apa yang disebarkan di media sosial itu cuma andaian dan turut di spin oleh pihak-pihak tertentu.

Katanya, pihak tertentu sengaja membuat cerita yang bukan-bukan untuk memberikan gambaran negatif kepada rakyat.

“Agak melucukan bila ia dispin oleh pihak tertentu…saya ingin jelaskan sekali lagi bahawa GRS Beaufort tetap berdiri teguh dibelakang ketua menteri dan kita tidak akan mengubah pendirian ini,” katanya lagi.

Untuk rekod, Datuk Isnin Haji Aliasnih, wakil rakyat Klias merupakan Ketua GRS Bahagian Beaufort.

TAMAT

Share This Article