KEMALANGAN JALAN RAYA DI JALAN SRI APAS, TAWAU

sabahheadlines
2 Min Read

TAWAU, 6 Dis — Seorang lelaki berusia 58 tahun maut selepas lori muatan 10 tan yang dipandunya terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Sri Apas, pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada 12.37 tengah hari melalui talian NG999 sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi.

Jentera tiba pada 12.58 tengah hari kira-kira 23 kilometer dari balai (KPI-3).

Menurut Komander Operasi, PBK I Jehrey Ibno, mangsa ditemukan tersepit di bahagian pemandu dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas penyelamatan.

“Pegawai perubatan KKM yang berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi turut dibantu oleh KKM (2 anggota) dan PDRM (5 anggota).
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.04 petang.

TAMAT

Share This Article