Lamag, 27 Nov, Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi DUN Lamag, Johainizamshah Johari terus mendapat perhatian penduduk setempat menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakannya bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kawasan itu.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau aktif menyelaraskan bantuan kebajikan, menyokong program komuniti, menyelesaikan aduan rakyat serta memastikan usaha menaik taraf kemudahan asas di kampung-kampung dapat dijalankan secara berterusan.
Komitmen Johainizamshah turun padang untuk mendengar sendiri keperluan penduduk turut menjadikan beliau antara pemimpin yang dekat dengan masyarakat.
Setiap permasalahan yang dibangkitkan penduduk disalurkan kepada pihak berwajib bagi memastikan tindakan susulan dapat diambil segera.
Beliau berkata, usaha itu adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya untuk memastikan masyarakat Lamag menikmati pembangunan yang lebih baik dan inklusif.
TAMAT
