Oleh: Jalie Mohamad
SANDAKAN, 2 November 2025 – Polis menahan tiga lelaki atas kesalahan pengedaran dan penagihan dadah di sekitar perkampungan atas atas Sim-Sim dan Batu 4 di Sandakan.
Operasj yang dikendalikan oleh Jabatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dalam Ops Tapis Narkotik pada jam lebih kurang 2.30 pagi.
Ketua Polis Daerah, ACP George Abdul Rakman berkata pihaknya akan meneruskan operasi membenteras gejala pengedaran dan penagihan dadah di sekitar kawasan Bandar Sandakan.
Dalam operasi berkenaan, pihak polis telah menahan tiga (3) lelaki atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952), iaitu:
Seorang (1) lelaki disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952; dan
Dua (2) lelaki disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Kesemua suspek telah dibawa ke Pejabat BSJND IPD Sandakan untuk menjalani ujian saringan awal air kencing, dan hasil ujian mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis Methamphetamine.
Suspek kini ditahan di Lokap IPD Sandakan untuk tindakan lanjut.
Pelaksanaan operasi ini menunjukkan komitmen dan tekad Ketua Polis Daerah Sandakan dalam memastikan usaha membanteras jenayah dadah di daerah ini terus dipergiatkan demi kesejahteraan masyarakat setempat.
Tamat

