Jalan utama Kampung PPH Karamunting siap- George Hiew

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN: Penduduk Kampung PPH Karamunting kini boleh menarik nafas lega apabila laluan utama di kampung mereka telah diperbaiki.

Jalan yang sebelum ini becak dan berlumpur ketika hujan telah ditimbus dan disimen sepenuhnya.

Kerja baik pulih itu dilaksanakan hasil inisiatif Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, selepas menerima aduan daripada Pengerusi JKKK kampung berkenaan, Jeffrydin Usad.

“Keselamatan penduduk sentiasa menjadi keutamaan kami. Laluan ini digunakan setiap hari oleh penduduk termasuk,” katanya.

George berkata, selepas menerima maklum balas daripada pihak JKKK, beliau segera menyalurkan peruntukan untuk membeli batu kerikil dan bahan bagi kerja-kerja penyimenan jalan berkenaan.

“Kita tidak tunggu lama. Dengan bantuan Ketua Kampung Karamunting, JKKK, dan penduduk sendiri, kerja menimbus serta menyimen dilakukan secara gotong-royong. Inilah semangat kebersamaan yang perlu kita pupuk,” katanya.

Beliau bersama Ketua Kampung dan ahli JKKK bagi meninjau keadaan penduduk.

Menurutnya, usaha menaik taraf laluan utama kampung ini bukan sahaja memastikan keselamatan, tetapi juga memberi keselesaan kepada penduduk untuk bergerak dan menjalankan aktiviti harian.

“Apabila masyarakat dan pemimpin saling bekerjasama, hasilnya dapat dirasai bersama. Inilah yang kita mahu lihat Karamunting yang lebih selesa, selamat dan bersatu,” katanya.

-TAMAT-

Share This Article