PETRONAS Komited Angkat Produk Tempatan Melalui Program Love Local

sabahheadlines
1 Min Read

Oleh: Syarmilah Salleh

LAHAD DATU, 11 Okt –Petronas bukan sekadar membekal bahan api tetapi turut memainkan peranan dalam membangunkan ekonomi setempat.

komitmen itu diperlihatkan dalam memperkasakan usahawan tempatan apabila penganjuran Pesta IKS Siuk Bah berjaya menjadi platform penting memperkenalkan produk Sabah ke pasaran lebih luas kata Pengurus Operasi Runcit (Non-Fuel) Sabah, Sarawak dan Labuan, Matthew Wong.

“Antara objektif utama Petronas bukan sahaja menyediakan bahan api kepada pengguna, tetapi turut memasarkan produk tempatan melalui pelbagai inisiatif seperti program Love Local yang menjadi platform penting memperkenalkan produk Sabah ke pasaran lebih luas,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) atas kerjasama berterusan dalam membantu perusahaan kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini.

Matthew turut menyeru semua pihak agar terus berganding bahu memperkukuh ekosistem keusahawanan tempatan demi kemajuan ekonomi negeri dan negara.

Penganjuran Pesta IKS Siuk Bah bukan sahaja memberi impak positif kepada usahawan dan masyarakat setempat, malah memperkukuh hubungan antara stesen minyak Petronas dengan komuniti sekali gus mempertingkatkan imej syarikat sebagai entiti mesra pelanggan dan prihatin terhadap pembangunan sosioekonomi negeri.

TAMAT

Share This Article