UMS KOMITED MELAHIRKAN PAKAR AKADEMIK

sabahheadlines
1 Min Read

Prof. Dr. Jumat Sulaiman

LAHAD DATU: 5 Oktober – Profesor Datuk Dr Kasim Haji Mansor dalam ucapannya yang dibacakan oleh Prof Dr Jumat Sulaiman, berkata program Khidmat Masyarakat Berteraskan Penyelidikan 2025 bukan sekadar pertemuan akademik tetapi menjadi jambatan ilmu antara universiti dan komuniti.

“UMS sentiasa komited memastikan hasil penyelidikan dan kepakaran akademik dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.

“Kepada pelajar sekolah, saya berharap program ini mampu menyemai semangat untuk terus belajar tanpa mengenal batas tempat, katanya kepada pemberita selepas perasmian sambutan daripada program itu di PPR Taman Seri Sapagaya di sini hari ini.

Menurutnya, inilah bukti bahawa universiti tidak terpisah daripada komuniti sebaliknya bersama-sama membina masa depan yang lebih baik.

Pada majlis itu, Datuk Mizma turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 28 pelajar baharu UMS (tahun satu) sebagai galakan untuk terus cemerlang dalam pengajian.

TAMAT

Share This Article