Ketua Polis Daerah perkukuh kerjasama bersama Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)

sabahheadlines
1 Min Read

Oleh: Syarmilah Salleh

LAHAD DATU, 23 Sept – Polis memperkukuhkan kerjasama dengan pegawai perhubungan sekolah dalam menangani masalah dispilin dan gejala sosial di kalangan pelajar.

Sebagai merealisasikan usaga itu, seramai 87 pegawai perhubungan sekolah dihimounkan dalam satu perjumpaan khas di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hj. Dzulbaharin Hj. Ismail, program PPS penting dalam usaha mencegah salah laku disiplin, jenayah, penyalahgunaan dadah serta gejala sosial dalam kalangan pelajar.

“PPS bukan sahaja berperanan sebagai penghubung antara sekolah dan pihak polis, malah rakan strategik dalam membentuk persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan berdisiplin,” katanya.

Antara objektif utama perjumpaan itu termasuk mengukuhkan kolaborasi antara PDRM dan sekolah, memperkasakan peranan PPS, meningkatkan kesedaran berkaitan undang-undang serta membincangkan cabaran disiplin pelajar dan langkah pencegahan.

Menurut beliau, garis panduan yang digariskan melalui Arahan Ketua Polis Negara Bilangan 171 mampu mendorong PPS melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt. Jimmy Panyau bersama ketua-ketua bahagian dan ketua polis balai.

TAMAT

Share This Article