KOTA BELUD: 17 September 2025 (Rabu) – Sebanyak 467 bakul makanan dan minuman diagihkan kepada penduduk di beberapa kampung terpilih sekitar daerah ini sepanjang tiga hari bermula 15 hingga 17 September lalu.
Pada 15 September (Isnin), seramai 66 penerima di Kampung Pitura Laut dan 77 penerima di Kampung Pangi menerima bantuan berkenaan, menjadikan jumlah agihan hari pertama sebanyak 143 bakul makanan.
Sementara itu, pada 16 September (Selasa), agihan diteruskan di empat kampung iaitu Kampung Pitura Darat (127 penerima), Kampung Song-Song (1 penerima), Kampung Marajah (18 penerima) dan Kampung Dongoi (14 penerima) dengan jumlah keseluruhan 160 bakul makanan.
Agihan hari terakhir pada 17 September (Rabu) melibatkan Kampung Suang Punggul (103 penerima), Kampung Suang Kina (45 penerima) serta Kampung Minangkob (16 penerima) dengan jumlah 164 bakul makanan.
Secara keseluruhannya, sebanyak 467 bakul makanan dan minuman berjaya disalurkan kepada penduduk yang memerlukan di daerah Kota Belud.
TAMAT
