SEMBILAN MAUT AKIBAT TANAH RUNTUH

sabahheadlines
3 Min Read

Oleh: Syarmillah Salleh

KOTA KINABALU (16 SEPTEMBER): Sembilan orang maut dalam kejadian tanah runtuh di dua kejadian berasingan hari ini.

Jumlah itu menjadikan 10 orang maut selepas kejadian pertama di Kampung Serapong Penampang minggu lalu.

Sembilan maut yang dicatatkan hari ini adalah tujuh di Kampung Cendera Kasih Kolombong dan dua di Kampung Mook Papar.

Pada kejadian tanah runtuh di Kampung Cendera Kasih, ia menghempap sebuah rumah di mana 11 orang dikatakan berada dirumah ketika itu.

Bagaimanapun empat mangsa yang turut terperangkap dalam rumah tersebut berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Sementara itu tujuh mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada dua wanita berusia 28 dan 40 tahun,seorang lelaki berusia 59 tahun.

Manakala empat kanak- kanak iaitu dua lelaki berusia 2 dan 7 tahun. Dua lagi Kanak- kanak perempuan berusia 4 dan 9 tahun.

Pihak Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10:02 pagi menerusi talian MERS 999.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Lintas telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 3 kilometer dari balai, dan tiba di lokasi pada jam 10:24 pagi.

Pengarah Bomba Negeri. Sabah Mohd Pisar Bin Aziz yang berada di lokasi kejadian mengesahkan kejadian itu.

Operasi menyelamat turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk
Polis Diraja Malaysia (PDRM)10 anggota dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) anggota, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 4 anggota dan
Unit K9 JBPM 2 anggota.

Pelbagai jentera dan aset logistik telah digunakan dalam operasi ini termasuk LFRT, EMRS, Nissan Navara dan Nissan X-Trail, melibatkan keseluruhan 18 anggota JBPM.

Manakala Pegawai Zon Kota Kinabalu yang turut hadir memberi sokongan taktikal dan pengurusan ialah PPgB Riki Mohan Singh Ramday danPKPgB Mohd Rashid Bin Daud.

Sementara itu kejadian di Kampung Mook Papar pula, tiga buah rumah dihempap oleh tanah runtuh pagi ini.

Kejadian itu mengakibatkan dua orang maut dan berjaya dikeluarkan menerusi operasi yang dilakukan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 10.02 pagi sebelum menghantar pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 35 kilometer dari balai.

Seramai sembilan anggota termasuk enam dari Unit Storm dikerahkan ke lokasi dengan kekuatan sebuah jentera EMRS. Pasukan tiba pada jam 10.48 pagi dan operasi diketuai Komander Operasi, PBK I Hamdani Harith bersama Pegawai Operasi Kanan, PPgB Rozlan Osman.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.25 petang.

Pemantauan berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengelak risiko susulan.

Untuk sebarang maklumat lanjut, Ketua Balai BBP Papar, PPgB Rozlan Osman boleh dihubungi di talian 013-8976300.

TAMAT

Share This Article