sh@editor
KOTA KINABALU (13 SEPTEMBER): Jabatan Kerja Raya dan pihak konsesi diminta agar segerakan pembersihan jalan yang terjejas.
Arahan itu disuarakan okeh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang meninjau lokasi tanah runtuh di jalan Penampang-Tambunan.
Beliau yang baharu sahaja tiba di sini daripada Kuching Sarawak segera membuat tinjauan ke lokasi tersebut.
Hujan lebat yang berlaku sejak beberapa hari lalu mengkibatkan berlakunya banjir di Penampang dan juga menyebabkan tanah runtuh.
Kejadian tanah runtuh itu telah mengorbankan seorang warga emas apabila rumahnya di Kampung Serapung Penampang dihembap tanah runtuh.
Hajiji dalam catatannya di Facebook memberitahu pembersihan jalan itu perlu segera dilakukan bagi membolehkan dua lorong kembali berfungsi.
Katanya pada ketika ini satu lorong telah dibuka dan pembersihan perlu segera dilskukan untuk membuka dua lorong.
“Saya telah mengarahkan supaya kerja pembersihan disiapkan dalam tempoh dua hari dengan penambahan jentera dan kerja 24 jam supaya kedua-dua lorong dapat digunakan sepenuhnya demi keselamatan dan kelancaran rakyat,” katanya.
Beliau turut menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh.
“Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan khairat kematian serta bantuan membina semula kediaman kepada keluarga yang terjejas,” katanya.
Turut hadir bersama adalah Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya serta Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick, Datuk Jannie Lasimbang selaku ADUN Kapayan dan Datuk Ceasar Mandela Malakun selaku Ketua Bahagian PGRS Moyog.
Tamat
