LELAKI CEDERA JATUH ATAS KERETA DI HADAPAN KK PLAZA

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ Syarmillah Salleh

KOTA KINABALU, 5 Sept – Seorang lelaki berusia 35 tahun cedera selepas terjatuh di atas bumbung sebuah kereta dalam kejadian di hadapan Bangunan KK Plaza, di sini, tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 11.54 pagi.

“Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 12.01 tengah hari.

“Pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa dengan menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkannya kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Mangsa yang juga seorang lelaki dewasa dilaporkan cedera namun berada dalam keadaan stabil.

Operasi yang diketuai Komander Operasi PBK I Masri bin Gari ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.30 tengah hari selepas memastikan keadaan selamat.

Turut berada di lokasi ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM bagi membantu urusan lanjut.

TAMAT

Share This Article