POLIS DIMINTA AMBIL TINDAKAN TEGAS

sabahheadlines
1 Min Read

Oleh: Syarmilah Salleh

SANDAKAN (2 SEPTEMBER): Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diminta untuk mengambil tindakan terhadap seorang peserta Himpunan Solidariti Justice For Zara di Tawau Ahad lalu.

Pengerusi Persatuan Seni dan Penulis Sandakan. Sante Villiamon berkata peserta itu mengeluarkan kata-kata yang bersifat menghasut pada perhimpunan itu.

“Kami difahamkan peserta itu adalah pelajar institut pengajian tinggi tempatan dan dari rakaman video dia bercakap sesuatu terhadap Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia bersifat menghasut dan mengugut TYT …perkara ini amat serius,” katanya di sini malam tadi.

Atas sebab perkara itu serius, Sante turut membuat laporan polis di balai polis Sandakan pada 1 September 2025

Sante berkata tindakan peserta itu amat mengecewakan kerana himpunan solidariti itu adalah untuk menuntut keadilan buat Allahyarhamah Zara Qairina dan bukan dijadikan pentas untuk menghasut.

“Dia harus bertanggungjawab terhadap apa yang dikata dan kita berharap pihak institut pengajian tinggi tempat dia belajar turut memberi perhatian serius terhadap perkara itu.

“Kita hormati hak kebebasan bersuara tetapi bukan bermakna kita sesuka hati untuk bercakap dan menyentuh institusi TYT,” tegasnya.

Tamat

Share This Article