sh@jalie Mohamad
KOTA KINABALU, 31 Ogos – Suasana penuh warna-warni dan semangat patriotik mewarnai Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Sabah yang berlangsung di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, di sini pada pagi Ahad
Lebih 50,000 orang hadir membanjiri lokasi acara, sekali gus menunjukkan sokongan dan kecintaan rakyat negeri ini terhadap tanah air.
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Dr. Haji Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin, turut berkenan hadir menyaksikan sambutan tersebut.
Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag, serta barisan menteri kabinet negeri.
Acara dimulakan dengan perarakan kontinjen melibatkan pelbagai agensi kerajaan, swasta, pelajar sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO), diiringi persembahan kebudayaan, pancaragam dan pertunjukan khas yang mencerminkan kepelbagaian etnik serta keharmonian masyarakat Sabah.
Tamat

