sh@jalie mohamad
Sandakan, 30 Ogos – Program Jogaton Kali Ke-2 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Libaran telah berlangsung dengan dirasmikan oleh Haji Hazem Mubarak Tun Musa
Majlis dimulakan dengan pelepasan larian mengikut kategori yang disempurnakan oleh Haji Hazem selaku penaung PIBG sekolah berkenaan.
Turut sama Yang Dipertua PIBG, Pengetua serta barisan guru sekolah.
Program turut diserikan dengan simbolik penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah sebagai usaha memupuk kesedaran menjaga kelestarian alam sekitar.
Acara kemuncak diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang sebelum majlis penangguhan diumumkan.
Jogaton kali ini bukan sahaja menjadi wadah untuk menggalakkan gaya hidup sihat, malah juga mengeratkan hubungan antara warga sekolah, ibu bapa serta komuniti setempat. Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan sebagai acara tahunan dan menjadi platform bermanfaat kepada para pelajar SMK Libaran.
Tamat

