MYGEMS Tingkat Kesiapsiagaan Bencana Geologi di Sabah

sabahheadlines
2 Min Read

sh@ Syarmilah Salleh

LAHAD DATU, 19 Ogos –Pengunaan teknologi sidtem maklumat (GIS) penting dalam memastikan pembangunan negeri dilaksanakan dengan terancang.

GIS juga mampu menangani risiko bencana seperti gempa bumi dan tanah runtuh, kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif ketika merasmikan Jarayawara Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains – Aduan Bencana Geologi Bersama Agensi Berkepentingan Begeri Sabah 2025 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Tetap KSTI, Hassan Mahali.

“Sabah mempunyai geologi yang unik tetapi berisiko tinggi terhadap bencana. Dengan adanya MyGEMS, perkongsian data geospatial bersama agensi berkepentingan dapat mempercepatkan respons, memperkukuh koordinasi serta meningkatkan kesiapsiagaan negeri,” katanya.

MyGEMS yang dibangunkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) adalah sistem pangkalan data nasional berbentuk spatial yang menggantikan MINGEOSIS yang digunakan sejak tahun 2008.

Sistem baharu itu lebih komprehensif, pintar dan mesra pengguna dengan menyediakan lapan peta interaktif, fungsi carian data serta aduan bencana geologi secara dalam talian.

Menurut beliau, data dalam MyGEMS merangkumi sembilan kluster utama termasuk geologi asas, bencana geologi, warisan geologi, air bawah tanah, geologi marin, sumber mineral, geofizik, lombong dan kuari serta makmal geokimia.

“MyGEMS bukan sahaja menambah baik operasi agensi malah menjadi pemacu pembangunan lestari yang memberi manfaat langsung kepada rakyat,” jelasnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), khususnya JMG Sabah atas usaha memperkenalkan MyGEMS sebagai platform perkongsian data geospatial yang lebih inklusif dan sejajar dengan agenda transformasi digital negara.

Program ini menghimpunkan pelbagai pihak termasuk Ketua Pengarah JMG, pegawai kerajaan negeri, wakil industri, ahli akademik serta masyarakat setempat dalam usaha memperkukuh bidang geosains dan meningkatkan kesedaran awam mengenai kesiapsiagaan bencana.

TAMAT

Share This Article