JUSTICE FOR ZARA SATUKAN RAKYAT

sabahheadlines
2 Min Read

KOTA KINABALU (19 OGOS): Himpunan Solidariti Justice For Zara memperlihatkan kesatuan rakyat dalam menuntut keadilan.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Klias, Haji Mohd Jali Nordin berkata himpunan itu turut membuktikan persefahaman rakyat yang pelbagai.

“Tanpa mengira agama mahupun fahaman politik, kita bersatu dengan satu natlamat iaitu menuntut keadilan dan inilah yang amat membanggakan,” katanya di sini.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis tahlil dan doa kesejahteraan untuk Allyarhamah Zara Qairina Mahathir di Dewan Saadah Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) baru-baru ini.

Katanya keharmonian yang turut diperlihatkan pada himpunan itu turut membanggakan.

Sehubungan dengan itu, Mohd Jali meminta pihak tertentu tidak membuat sebarang andaian terhadap himpunan itu.

“Ia merupakan himpunan yang aman, kesatuan rakyat Sabah yang berbeza agama dan fahaman politik dalam menuntut keadilan …hakikatnya kita mencintai keharmonian dan keaman,” katanya lagi.

Himpunan solidariti Justice For Zara telah digerakkan ke seluruh daerah di negeri ini yang bertujuan menuntut keadilan atas kematian Allyarhamah Zara Qairina Mahathir, pelajar tingkat satu Sekolah Menengah kebangsaan Agma Tun Datuk Mustapha di Papar pada 17 Julai lalu.

Allyarhamah Zara Qairina dikatakan terjatuh dari tingkat tiga asramanya awal pagi pada 16 Julai dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 Kota Kinabalu.

Tamat

Share This Article