PENUTUPAN JALAN SEMENTARA DI KM 3, JALAN LAHAD DATU–TAWAU MULAI 8 OGOS

sh@ Syarmillah Salleh

LAHAD DATU, 9 Ogos 2025 – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memaklumkan penutupan jalan di KM 3, Jalan Lahad Datu–Tawau berhadapan Sekolah Kebangsaan Lahad Datu II bermula hari ini hingga 7 November 2025.

Pengguna dinasihatkan agar menggunakan lencongan sementara yang dina di kawasan tersebut.

Penutupan tersebut bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan lurah kecemasan atau rescue pit, iaitu ruang keselamatan yang dibina sebagai akses penyelamatan ketika projek melibatkan struktur bawah tanah.

Menurut JKR, pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi papan tanda lencongan sementara yang disediakan serta lebih berhati-hati sepanjang tempoh pembinaan.

Lencongan laluan akan melibatkan kawasan sekitar Jalan Silam, Jalan SMK Sepagaya dan Jalan Nursiah seperti yang ditunjukkan dalam pelan yang dikeluarkan JKR Sabah.

Pihak JKR memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami sepanjang tempoh berkenaan.

TAMAT