SPRM TAHAN PEMBANTU MENTERI?

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ Syamilah Salleh

KOTA KINABALU (23 JUN): Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dikatakan merupakan seorang pembantu menteri dan penahannya berkaitan isu rasuah pengeluaran lesen cari gali di negeri ini.

Lelaki tersebut ditahan kira-kira jam 9.30 pagi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Penahanan ini merupakan ADUN kedua selepas SPRM menahan ADUN Sindumin minggu lalu.

SPRM juga telah menahan seorang ahli perniagaan berkaitan dengan isu yang sama.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, suspek telah dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM50,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin selepas keterangannya diambil dan akan didakwa dalam masa terdekat.

TAMAT

Share This Article