sh@ syarmilah salleh
LAHAD DATU: 23 Jun – Polis Daerah Lahad Datu sedang giat mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Najib, berusia lingkungan 30-an, yang disyaki terlibat dalam satu kejadian mencederakan mangsa menggunakan senjata.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau, kejadian berlaku di luar sebuah premis kedai NINSO di Reno Fajar, Lahad Datu.
Suspek dilaporkan masih bebas dan sedang diburu pihak berkuasa.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Iskandar bin Kiprawi di talian 089-881255 atau tampil ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Pihak polis juga berharap agar kerjasama masyarakat setempat dapat mempercepatkan usaha mengesan dan menahan suspek terbabit demi keselamatan awam.
TAMAT
