sh@ Syamilah Salleh
LAHAD DATU: 12 Jun – Pendekatan High Readiness Response atau kaedah tindak balas yang cepat,bersiap siaga dan efisien terus diadaptasikan bagi memastikan kawalan perairan sentiasa berada pada tahap optimum.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Bin Abd Majid@ Razali berkata, berdasarkan keedah itu statistik operasi secara keseluruhannya pada Januari hingga Jun 2025 merekodkan enam kes SAR ( Search & Rescue).
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Ujian Kemahiran Menembak senjata kecil sempena lawatan Ulung Pengarah Maritim Negeri Sabah di Padang Sasar PGA 17, pada rabu.
Menurutnya, statistik tersebut menunjukkan penurunan berbanding 23 kes pada tahun lalu dan bagi daerah Lahad Datu tiada kes SAR direkodkan.
Sementara itu bagi tangkapan keseluruhannya dari bulan Januari 2025 hingga kini sebanyak 116 kes direkodkan.
Bagi Zon Maritim Lahad Datu terdapat 8 kes tangkapan direkodkan.
Sehubungan itu Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan dan keberadaan operasi di Zon Maritim Lahad Datu, perairan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah(ESSZONE) serta perairan Wilayah Persekutuan Labuan bagi mengekang jenayah maritim dan mempertahankan kedaulatan perairan negara.
“Fokus operasi ditumpukan kepada kawasan panas berdasarkan maklumat risikan dan statistik tangkapan semasa,
“Aset Operasi Maritim dilengkapi persenjataan seperti senapang automatic, pistol yang digunakan mengikut Prosedur Operasi Standard ( SOP) dan tahap ancaman semasa, katanya.
Kerjasama strategik juga terus dipertingkatkan bersama ESSCOM, Jabatan Perikanan melalui operasi bersama dan perkongsian maklumat berterusan.
Sementara itu rondaan berskala tinggi pula di laksanakan 24 jam setiap hari dan latihan taktikal seperti latihan menembak, latihan boarding dijalankan secara berkala antara langkah taktikal dan operasi.
Ujian kemahiran menembak senjata kecil itu membabitkan para pegawai dan anggota serta rakam strategik agensi keselamatan dari Zon Maritim Lahad Datu, Maritim Semporna, ESSCOM, PGA Batalion 17,Jabatan Laut dan pengamal media.
Seramai enam media terdiri daripada Astro Awani, Bernama, NSTP, See Hua Daily News, Sabah Headline dan The Malaysia Press menyertai ujian menembak itu yang dimulakan dengan latihan permukaan pelarasan kemudian diteruskan dengan pertandingan menembak secara berkumpulan menjatuhkan plat besi.
Turut hadir Pengarah Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali, Ketua Staf Bahagian OperasinLaut( ESSCOM) Laksamana Pertama Maritim Abd Raxak Mohamed, Pengarah Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli, Pengarah Maritim Kudat Komander Maritim Hasbullah Omar, Pengarah Maritim Sandakan, Kapten Maritim Muhammad Suhairi Hussain dan Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Siti Norhaini Osli.
Pasukan PGA 17 diumumkan sebagai juara menembak senjata kecil.
TAMAT

