PULAU BOHEY DULANG DIBUKA SEMULA

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ Syamilah Salleh

SEMPORNA: 12 Jun – Pulau Bohey Dulang di Taman Marin Tun Sakaran akan dibuka semula kepada pelawat bermula 14 Jun ini, susulan kejayaan operasi mitigasi ancaman buaya yang dilaksanakan oleh beberapa agensi.

Menurut Pengurus Taman, Ghazalie Pg. Hindi,walaupun ancaman utama telah ditangani namun kerja-kerja pemantauan akan terus dilakukan secara berterusan bagi memastikan keselamatan semua pengunjung,.

“Operasi yang melibatkan Taman-Taman Sabah, Jabatan Hidupan Liar, Polis Diraja Malaysia dan komuniti tempatan itu telah berjaya menumpaskan ancaman buaya dengan penangkapan reptilia berkenaan., .katanya dalam kenyataan rasmi hari ini.

Pengurusan Taman-Taman Sabah juga menyeru orang ramai yang ingin melawat agar terus mematuhi garis panduan keselamatan yang ditetapkan sepanjang berada di kawasan taman marin tersebut.

Bohey Dulang merupakan antara destinasi pelancongan popular di Semporna, terkenal dengan pemandangan lagun biru dan laluan mendaki ke puncak pulau.

TAMAT

Share This Article